24/05/2013

Jujur?? hmm...


Jujur itu perit di permulaan tetapi manis selamanya. Sedangkan bagi mereka yang khianat akan menikmati kemanisan sementara di permulaan tetapi derita selamanya. Sifat manusia itu pelupa  kerana manusia dijadikan tidak sempurna. Justeru dalam kehebatan yang ada, pujian daripada orang sekeliling dan kepercayaan yang diperoleh, agak sukar dan perit untuk menghilangkan kesemua kehebatan tadi hanya menunjukkan kita lemah, pelupa dan pelbagai lagi kekurangan yang lain.

Namun, jika ia tidak dilakukan, yakni terus memilih untuk tidak jujur, hati selalu tidak tenang, lambat laun kelemahan kita akan diketahui juga. Hal ini menyebabkan kepercayaan seseorang terhadap kita mulai hilang, dipandang dan dikenali sebagai orang yang tidak jujur, dihina serta dikutuk oleh manusia dan Allah sepanjang hidup.

Mampukah kita mendepani azab neraka di akhirat dan digelar fasiq oleh insan di sekeliling kita? Sudah tentu pedih bukan? Hubungan akan berantakan dan retak, nama baik akan tecemar dalam lipatan sejarah insan-insan yang dikhianati, kepercayaan akan hilang, serta menderita kerana dibenci manusia. Bahkan impak ketidakjujuran itu bukan sekadar daripada kawan-kawan kita, tetapi daripada Allah; Pentadbir sekalian alam!

Ayuh, mari tanamkan sifat jujur, dilihat jujur, menambah upaya unutk dilihat jujur dan menampakkan hasil sebuah kejujuran terhadap diri, ibu bapa, keluarga, masyarakat sekeliling dan yang terpenting dalam kehidupan beragama kita. Carilah pahit dan perit yang membawa manis selamanya, bukan manis yang palsu lagi sementara tetapi derita pahit selamanya....









5 ZerroZorro: Jujur?? hmm... Jujur itu perit di permulaan tetapi manis selamanya. Sedangkan bagi mereka yang khianat akan menikmati kemanisan sementara di permulaan t...

No comments :

Post a Comment