31/08/2013

Pandangan



Kengkadang tu bila takde idea mula la aku melakukan perkara2 yang merapu. Bila otak aku semakin aktif sikit, baru la imaginasi start berkembang... Aku pegang dadu dan kat dadu tu ada nombor di setiap permukaannya. Tetapi setiap sudut pandangan, berbeza-beza..hmmm... Jika dicampur 1+2+3+4+5+6 jumlahnya 21.  Tapi mustahil kita dapat semua jumlah 21 itu dengan hanya satu sudut pandang jer..hmmm menarik plak konsep ni. Setiap sudut pandang, perspektif berbeza-beza..kan?!

Dari satu sudut pandang, seorang murid itu bermasalah disiplin dan selalu melanggar peraturan sekolah. Rupa-rupanya murid itu perlu menjaga neneknya, mengambil upah bekerja dan terpaksa jalan kaki 10km ke sekolah setiap hari kerana daif.

Dari satu sudut, anak kita selalu gagal dan lembap dalam pelajaran. Rupa-rupanya bakatnya cemerlang dalam bidang berbeza.

Di suatu sudut, seorang lelaki ditangkap kerana mencuri roti dan dibelasah hingga pengsan. Dari sudut yang lain, keluarganya sedang lapar menunggu roti.

Dari suatu sudut, seorang suami berang kerana isterinya selalu penat. Dari sudut yang beliau tak nampak sewaktu beliau bekerja, segala kerja rumah isteri beliau yang uruskan.

Dari satu sudut, seorang gadis terpaksa tunggu tunangnya 2 jam untuk dihantar pulang. Dari sudut yang lain, tunangnya terpaksa meredah kesesakan selama 4 jam demi bertemu beliau.

Dari satu sudut seorang tauke yang sangat kaya dan berjaya. Dari sudut lain pula, hidupnya sentiasa tak tenang membayar hutang.

Dari satu sudut...
A : Kami berjuang demi bangsa, agama dan negara!
B : Kami juga berjuang demi bangsa, agama dan negara!
Dari sudut lain pula...
A : Eh?! Sama rupanya perjuangan kita ni..
B : Abis tu, yang kita gaduh2 apsal??

Begitulah dadu, setiap sudut jumlahnya berbeza. Begitu juga sudut pandang manusia ; mustahil untuk melihat segala sudut. *eh! jatuh plak dadu ni!

Di satu sudut, aku mencari dadu yang aku sangka terselit di celah buku. Di sudut yang lain, 2 ekor tikus sedang melarikan sebiji dadu...kut.. 








5 ZerroZorro: Pandangan Kengkadang tu bila takde idea mula la aku melakukan perkara2 yang merapu. Bila otak aku semakin aktif sikit, baru la imaginasi start be...

1 comment :

  1. Wauuu.... Maju dio loni terrrr...

    ReplyDelete