24/09/2013

Apabila usaha tidak berhasil..


Siapakah sebenarnya penicpta telefon?


Ada sebuah kisah tentang penciptaan telefon yang kebnayakannya tidak kita ketahui. Pada suatu masa, seorang yang bernama Philipp Reis telah mencabar dakwaan bahawa Alexander Graham Bell sebagai pencipta telefon. Sebaliknya mendakwa, beliaulah orang pertama yang mencipta telefon kerana mampu menghantar not dan ton muzik melalui dawai.                                



                                  Alexander Graham Bell                                 
Philipp Reis
Untuk mencari penyelesaian, kes tersebut telah dibawa ke Mahkamah Agung Amerika Syarikat. Setelah mendengar penghujahan daripada kedua-dua belah pihak, hakim memutuskan Bell sebagai pencipta telefon sebenar kerana ciptaan Reis hanya mampu menghantar not dan ton muzik, bukannya suara.

Besar sangatkah ciptaan Reis dan Bell? Tidak! Perbezaan tersebut hanya terletak sebatang skru yang menukar ton menjadi suara. Sebenarnya Reis tidak gagal, sebaliknya beliau hanya berhenti mencuba. Kalau beliau bersabar sedikit sahaja lagi dan mencari jalan yang lebih baik supaya alat ciptaannya berfungs, berkemungkinan besar nama beliau yang terukir dalam sejarah sebagai pencipta telefon.

Sebagai perbandingan, Bell lebih tabah dalamusaha beliau. Rakan-rakan pernah mencadangkan beliau dihantar ke rumah sakit jiwa semasa beliau dalam proses mencipta telefon. Presiden Rutherford Hayes sendiri pernah mengatakan, tiada orang yang akan menggunakan ciptaan Bell, tetapi dengna ketabahan Bell, terciptalah telefon yang memberi manfaat kepada orang ramai di seluruh dunia sehingga hari ini.






5 ZerroZorro: Apabila usaha tidak berhasil.. Siapakah sebenarnya penicpta telefon? Ada sebuah kisah tentang penciptaan telefon yang kebnayakannya tidak kita ketahui. Pada suatu m...

No comments :

Post a Comment