05/04/2013

Warna


Warna dan kehidupan adalah sesuatu yang tidak dapat dipisahkan. Apa yang kita lakukan saban hari semuanya ada kaitan dengan warna. Setiap warna yang hadir dalam hidup kita ni sebenarnya ada pengertiannya. Jom check it out!





Kuning     

Warna kuning selalunya mendapat. Walaupun dianggap satu warna yang penuh optimistik, namun ramai orang mudah menjadi marah apabila berada di dalam bilik berwarna kuning dan bayi juga mudah menangis dalam bilik yang sama. Warana ini adalah warna yang paling sukar untuk diterima oleh mata namun ia mampu mempercepatkan metabolisme.


Coklat  


Ia adalah warna bumi dan selalunya dikaitkan dengan alam semulajadi. Coklat muda melambangkan keaslian manakala coklat gelap pula hampir sama dengan kayu atau kulit. Coklat kadangkala juga melambangkan kesedihan dan kesayuan. Biasanya, lelaki lebih berminat dengan warna ini.







Ungu 

Warna ini dikaitkan dengan royalti, kemewahan, kekayaan dan sotisfikasi. Juga dikatakan bersifat feminin dan romantik. Namun ia agak jarang ditemui dalam semulajadi, kadangkala ia seolah-olah sesuatu yang tidak asli.






Merah   


Warna yang paling penuh dengan emosi ialah warna ini. Ia membuatkan kadar pernafasan dan denyutan jantung bergerak dengan lebih cepat. Ia juga adalah warna kasih sayang. Orang yang gemar memakai pakaian merah sebenarnya hanya akan menampakkan mereka kelihatan lebih 'berat' . Kereta berwarna merah pula selalu menjadi tumpuan pencuri kereta. Namun dalam dekorasi, penggunaan perabot berwarna merah merah adalah sesuai kerana ia boleh menarik perhatian. Warna yang ada kaitan dengan merah iaitu merah jambu adalah warna yang paling romantik dan menyenangkan. Dikatakan orang yang berlawan dalam sukan sering mewarnakan bilik pihak lawan dengan warna ini unutk menghilangkan tenaga pihak lawan.

  



Biru 

Inilah warna langit dan lautan yang ada di sekeliling kita dan tergolong antara warna yang paling popular. Biru yang lembut akan mencetuskan rasa nyaman jadi ia selalu digunakan dalam bilik tidur. Namun ada juga biru yang boleh menjadi kaku dan melambangkan depresi. Pakaian berwarna biru digalakkan diguna untuk mereka yang akan hadir ke temuduga kerana ia melambangkan kejujuran. Bilik yang dicat dengan warna biru juga dikatakan memberikan kesan untuk menjadikan seseorang itu lebih produktif.




Putih   


Biasanya dikaitkan dengan acara perkahwinan dan pengantin gemar memilih warna ini kerna ia membawa maksud naif dan asli. Putih juga melambangkan cahaya dan selalu digunakan dalam dekorasi mahupun fesyen kerana ia adalah warna yang ringan, neutral dan senang dikenakan atau digayakan dengan apa2 sahaja. 



  

Hitam 

Hitam melambangkan kuasa. Dalam industri fesyen, warna ini menjadi pilihan kerana ia biasanya ia menampakkan si pemakainya kelihatan lebih kurus. Ia juga sangat trendy dan tidak lupuk dek masa.  Namun pakaian yang berwarna hitam adakalanya menampakkan si pemakai itu terlalu berkuasa atau jahat. Wanita yang berpakaian hitam pula membawa maksud patuh kepada lelaki.


Hijau  


hijau juga adalah satu lagi warna yang melambangkan alam semulajadi. Ia adalah warna yang paling menyenangkan kepada mata kita dan juga menyamankan serta menyegarkan. Hospital menggunakan bilik berwarna hijau untuk mententeramkan para pesakit. Hijau gelap melambangkan kelelakian, konservatif dan juga kekayaan.


                                                                            
                                          

                                                                                  
5 ZerroZorro: Warna Warna dan kehidupan adalah sesuatu yang tidak dapat dipisahkan. Apa yang kita lakukan saban hari semuanya ada kaitan dengan warna. Setiap ...

No comments :

Post a Comment